Masih kuingat lagi...
saat pertama kali disapa,
saat pertama kali bertentang mata,
walau telah berlalu pergi,
detik itu masih mekar di sanubari,
Putera-puteriku...
lihatlah sekelilingmu,
di situlah duniamu ,
di situ pentas permainanmu,
Tanpa rasa gentar,kau berlari gagah,
pantang undur apalagi mengalah,
kerana...
kalian anak merdeka,
dunia wajah baru mendepangi anda,
Measat, KLCC, MSC juga ICT di ruang mata,
menjadi wadah perjuangan dan milikmu jua,
tawanlah segala ilmu yang ada,
biar dunia mengenali siapa dirimu,
Putera puteriku...
usah kau meninggi diri,
jauhi sifat sombong dan benci,
ingatlah pada penciptamu,
taatlah pada kedua ibubapa,
setialah pada pertiwi,
bulatkan azam dan tekad,
tunaikan apa yang dijanji.
sesungguhnya...
dunia ini adalah milik mu,
Usah dipersiakan segalanya,
ruang dan peluang ada di depan mata.
hAYATILAH BAIT-BAIT KATA INI....
Selamat jalan putera-puteri tercinta....
Pergilah membawa ilmu di dada,
Setelah dikau tekun berusaha,
Semoga selamat serta bahagia.
Usah dilupakan segala ajaran gurumu,
Nescaya dikau akan selamat selalu,
Hadapilah cabaran yang menunggu ,
Dengan iman dan taqwa di jiwamu,
Selamat berbakti wahai putera-puteriku
Bersama keluarga yang dicintai,
Berjuang sebagai seorang srikandi
Lambang kejayaan yang abadi......
KISAH SEORANG PENAGIH
TIADA SIAPA DAPAT MENJANGKA....
Tidak ada manusia yang bercita-cita ingin gagal dalam hidup, tidak ada manusia yang ingin gagal dalam hidup, penagih dadah tidak pernah mengisi borang untuk menjadi penagih, juga tidak pernah bermain atau bergurau senda dengan kawan-kawan, jom kita main-main hisap dadah. Tetapi salah siapa, akhirnya dalam hidup ini mereka menjadi penagih jua dan masuklah mereka dalam dunia yang penuh dengan kecelaruan.
Profail Seorang Penagih Saya bawakan kisah hidup seorang penagih, yang kini berusia 25 tahun, sedang berada di sebuah pusat serenti. Kesempatan menemubual klien ini, saya paparkan, sebagai hadiah buat semua guru di sini. Mangsa Keadaan Ateh, bukan nama sebenar, kisah ini pernah saya coretkan dalam blog popular saya, sejak itu, blog saya terus mendapat perhatian pengunjung. Hits bertambah-tambah, sehingga 2 orang pengunjung menyarankan agar saya membukukan segala pengalaman ini. Pernah pula seorang wartawan, berminat untuk membawa kisah-kisah penagihan ini ke dalam majalah mereka. Bapaku bekerja sebagai askar, ibuku hanya suri rumah, ketika aku (klien, Ateh) berusia 11 tahun, ibu dan bapa mula bergaduh, bapa ku seorang panas baran, aku tak tahu punca semua itu, tetapi yang aku tahu, ibuku sangat cemburu orangnya. Masa aku di kelas 6, pergaduhan semakin ketara, ibuku menuduh bapaku ada perempuan lain, akhirnya mereka berdua bercerai. Selepas berlaku perceraian, aku tinggal dengan ibu, malang bapa kahwin lain, aku tak dapat menerima kehadiran ibu tiri yang berpura-pura baik di hadapanku dan lain pula ketika ayahku tiada. Aku tak tahan dengan dunia sebegini. Aku lari ke rumah ibu, ibu pula tak menerima, kerana tak cukup wang untuk membesarkan aku, aku lari ke rumah atuk, disitu ada abang dan kakakku, mereka pula halau supaya aku ke rumah bapak. Nampaknya semua orang tak sukakan aku. Sekolah pun aku tak minat, walau begitu aku sempat belajar sampai tingkatan 2. Baru-baru beberapa bulan, akhirnya aku terpaksa lari membawa diri, dengan segalas beg, aku naik keretapi dari Raub menuju ke Melaka, tapi aku sesat di jalan, aku tersalah turun di stesen di Negeri Sembilan. Seorang India bertanya ku, kemana kamu anak kecil mahu pergi, jawabku yang ketika itu baru 14 tahun, aku lari dari rumah dan tak mahu balik lagi. India itu tunjukkan aku kedai kawannya, dia suruh aku menolong di kedai itu. Di situlah aku bekerja sehingga beberapa tahun. Aku kemudian pindah kerja dengan seorang tauke Cina, aku dibiaya buat lesen, akhirnya aku berjaya menjadi pemandu lori tauke tersebut. Sejak itu aku semakin jauh dari dunia kecilku. Apa yang Cina makan, itulah makanan ku, apa yang mereka buat, itulah gaya hidupku juga. Aku tinggal bersama rakan di rumah sewa. Kisah ini membawa kepada aku terjebak dengan penagihan ganja. Aku hairan melihat rakan-rakan serumah denganku, macam mana mereka boleh membakar rokok dalam keadan khayal, sehingga sebatang rokok tersebut habis di jarinya tanpa dihisap. Lama aku mencuba ganja. Akhirnya ganja sudah tidak memberikanku kepuasan lagi. Aku naik taraf sikit, aku mula berjinak dengan heroin. Heroin memang menjadikan aku seorang hero. Prestasi kerja mula merosot, aku datang tak datang bekerja. Masuk Pusat Dan akhirnya ketika dalam perjalanan membeli dadah, aku di tangkap. Mahkamah memutuskan aku dihantar ke pusat serenti di Johor. Pusat serenti bukan dunia ku, aku sangat tertekan, hanya 4 bulan aku disitu, aku kemudian cabut lari bersama 3 orang rakan yang lain. Malang pula nasib aku, tertangkap lagi, polis menyemak tentang diriku, gara-gara lari dari pusat serenti, aku di campakkan di Penjara Penor, Pekan selama setahun, keluar penjara aku bekerja di car wash, namun dadah tetap makanan rujiku, semasa bekerja di Car Wash inilah, polis datang ke situ dan aku menjalani ujian urin, sah ada dadah dalam tubuhku, kali ini aku dihantar ke Pusat Serenti Sungai Petani, 4 bulan kemudian arahan supaya aku dihantar ke Pusat Serenti ini. Aku masih belum faham, kenapa harus aku tinggalkan dadah, sedangkan ianya sangat bermakna buatku. Demikian coretan sedikit dari pengalaman saya bersama saudara Ateh. Saya bertanya Ateh, kemana arah tuju hidup anda selepas keluar pusat nanti? Tiada tempat lain katanya, saya akan mengambil heroin lagi. Bila ditanya apakah bapa anda solat? Memang tak pernah jawabnya, Ateh...tau tak, hidup ini tak lama, di penghujung hidup ini ada kematian, Tuhan akan bertanyakan segala nikmat pemberianNya selama ini, untuk apa kita guna? Semua ini bukan free.. Ateh termenung, entahlah, saya pun tidak tahu apakah betul-betul ada lagi kehidupan selepas kematian...
Nukilan ini dikutip dari http://norish77.blogspot.com

7 TABIAT BERKESAN
THE 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE
1.( Be Proactive ) Maksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah.
2. ( Begin With The End In Mind ) Mula dengan wawasan di dalam minda.Bina wawasan berdasarkan prinsip "utara-benar". Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.
3. ( Put First Things First ) Utamakan yang utama. Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.
4. ( Think Win-Win ) Fikirkan Menang-Menang. Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila berlaku pertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.
5. ( Seek First To Understand, Then To Be Understood ) Dengar dahulu sebelum berkata. Sebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar terlebih dahulu perihal latar belakang mereka. Apabila latar belakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian yang memudahkan mereka menerimanya.
6. ( Synergize ) Sepadukan usaha. Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan mengatasi kekuatan individu.
7. ( Sharpen The Saw ) Tajamkan pedang. Dari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa.
Renung sejenak.......

GERAK JARI RAHSIA DIRI
GERAK JARI
tahukah Anda"
Gerak jari seharian anda memberi sedikit gambaran tentang personaliti diri anda. Bagaimanakah untuk kenali personaliti dari gerak jari?
Ikutilah tulisan berikut:
1. Memicit atau memegang hidung
Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa juga tindakan yang dilakukan. - Seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayainya.
2. Meletak tangan pada bahu kawan
Suka ikut kepala sendiri. - Pentingkan diri sendiri. - Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman-teman rapat.
3. Bermain dengan tangannya
Mempunyai tahap humor yang tinggi. - Pandai berjenaka. - Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati. - Jenis 'open minded'.
4. Mematahkan jari jemarinya
Seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan orang lain. - Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.
5. Menggigit kuku
Gugup dan gementar bila berbicara. - Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.
6. Memintal hujung rambut
Suka berkhayal. - Sukar diperdayakan. - Keras kepala. Menongkat dagu - Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya. - Suka mendengar masalah teman-teman. - Setia dalam persahabatan.
Suka letakkan tangan atas meja - 'Happy go lucky' dan pandai menyesuaikan diri. - Peramah. - Suka bergantung pada orang lain.
7. Menggosok 2 telapak tangan
Ramah dan berfikiran matang. - Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit-belit. - Mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu.
8. Memutar cincin
Sangat menepati janji. - Berhati-hati dlm tutur kata. - Gemar hidup yang teratur.
Jadi, bagaimanakah gerak jari anda? :)

TEKNIK BERNAFAS
TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN
Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan.
Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ? (Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ). ( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold") .
Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh . ( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).
Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin . (If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah . (Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily). Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat. ( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly) Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa . (You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).
Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat , tetapi tidak sembuh . ( I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study. I took medicine but I was not cured).
Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi. (One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me) .
Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ? (This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?) .
Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang. ( Practice the correct ways of breathing/ "breathe in and breathe out" and your body will be in a very relaxing condition Semoga bermanfaat buat kita semua..

BAHAGIAKAH ANDA?
9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulannya,yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam"

MUSIM PEPERIKSAAN
Apa perasaan anda hari ini?......
Peperiksaan merupakan satu kemestian bagi setiap yang bergelar pelajar.
Ianya merupakan medan untuk menentukan kelayakan dan kemampuan seorang pelajar dalam memahami apa yang telah dipelajari. Perlumbaan untuk mendapatkan keputusan yang baik merupakan satu lumrah yang amat baik sekiranya berlaku dalam suasana yang sihat.
Sebaliknya, perlumbaan juga boleh menjadi punca tekanan dalam diri pelajar sekiranya tidak menghadapinya dengan betul. Tekanan boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Antaranya, yang paling penting adalah cara belajar seseorang itu. Pelajar yang melakukan persediaan awal akan lebih bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan. Kelalaian yang berlaku di awal musim pengajian boleh menjadi punca berlakunya tekanan bagi kebanyakan pelajar. Justeru, pengurusan masa yang efektif amat penting terutama dalam menghadapi detik-detik akhir sebelum menjelang hari peperiksaan. Begitu juga tekanan boleh berlaku disebabkan suasana persekitaran tempat belajar yang tidak kondusif.
Bayangkan anda berada dalam lingkungan masyarakat yang pelajar yang tidak mampu bekerjasama meskipun sama-sama inginkan kejayaan dalam peperiksaan yang mendatang. Selain itu, tekanan daripada harapan kedua orang tua untuk melihat kejayaan anaknya juga kadang-kadang boleh menjadi penyumbang. Harapan sebegini jika dilihat dari sudut yang positif, sebenarnya boleh menjadi suatu bentuk motivasi yang cukup kuat. Namun jika ia dianggap sebagai suatu bentuk tekanan akan menyebabkan pelajar mudah stres sehingga mewujudkan keserabutan dalam pemikiran pelajar.
Dalam keadaan ini , seorang individu itu berkemungkinan melakukan tindakan yang luarbiasa dan yang paling menakutkan- bunuh diri. Menghadapi tekanan peperiksaan atau perlumbaan menuntut kepada spiritual dan mental yang jitu. Spiritual dan mental yang lemah akan menyebabkan pelajar mudah mengaku kalah sebelum berjuang- putus asa. Kekuatan mental lahir dari sikap dan pemikiran yang optimis serta stabil dalam berusaha mencapai matlamat yang diinginkan. Manakala kekuatan spiritual pula, bagi status kita sebagai pelajar muslim lahir dari hubungan kita dengan Yang Esa. Justeru,
Perbanyakkanlah berzikir, tadabbur al-Quran dan merenung keindahan pada penciptaan alam sebagai salah satu cara mencari ketenangan jiwa. Sentiasalah berbaik sangka dengan keadilan Allah azzawajalla. Namun, sekiranya kita masih tidak mendapat keputusan yang baik walaupun selepas berusaha, yakinlah di sana ada hikmah yang lebih berharga. Letakkanlah pengharapan kita semata-mata kepada Allah (swt) dengan syarat kita telah menyempurnakan tanggungjawab kita dalam berusaha kerana demikianlah hakikat tawakkal.
Semoga kejayaan yang diimpikan berada di tangan anda. Selamat Menduduki peperiksaan.