RSS

SENARAI IPTA di Malaysia

Berikut merupakan senarai IPTA di Malaysia:



Universiti Pendidikan Sultan Idris



Logo UPSI
UPSI
  • Pendaftar
    Bahagian Akademik
    Universiti Pendidikan Sultan Idris
    35900 Tanjung Malim
    Perak
  • Tel : 05-450 6932
    Faks : 05-458 2670
    Emel : –
    Web : www.upsi.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia



Logo UTHM
UTHM
  • Timbalan Pendaftar Kanan
    Pejabat Pengurusan Akademik
    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
    86400 Parit Raja,
    Batu Pahat Johor
  • Tel : 07-453 7681/ 7655/ 7687/ 7689/ 7694/ 7696
    Faks : 07-453 6085
    Emel : pa@uthm.edu.my
    Web : www.uthm.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Teknikal Malaysia Melaka




Logo UTeM
UTeM
  • Bahagian Pengurusan Akademik
    Pejabat Pendaftar
    Universiti Teknikal Malaysia Melaka
    Karung Berkunci 1200
    Hang Tuah Jaya
    75450 Ayer Keroh
    Melaka
  • Tel : 06-331 6086/ 6077/ 6073/ 6076
    Faks : 06-331 6079
    Emel : bpa@utem.edu.my
    Web : www.utem.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Sultan Zainal Abidin




Logo UNiSZA
UNiSZA
  • Pendaftar
    Bahagian Akademik
    Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul Iman Malaysia – UDM)
    Kampus Kota,
    Jalan Sultan Mahmud,
    20400 Kuala Terengganu
    Terengganu Darul Iman
  • Tel : 09-622 0707/ 627 5514/ 666 4466
    Faks : 09-622 1785
    Emel : mdzamrie@unisza.edu.my
    Web : www.unisza.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Teknologi MARA



Logo UiTM
UiTM
  • Ketua
    Bahagian Pengambilan Pelajar
    Pusat Inovasi
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor
  • Tel : 03-5544 3164/ 3165/ 3166/ 3174/ 3175
    Faks : 03-554 43170
    Emel : bpp@salam.uitm.edu.my
    Web : www.uitm.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Malaysia Terengganu



Logo UMT
UMT
  • Bahagian Akademik
    Aras 1, Bangunan Canselori dan Pentadbiran
    Universiti Malaysia Terengganu
    21030 Kuala Terengganu
    Terengganu
  • Tel : 09-668 4219/ 4532/ 4467/ 4141
    Faks : 09-668 4143
    Emel : akademik@umt.edu.my
    Web : www.umt.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Malaysia Sabah




Logo UMS
UMS
  • Timbalan Pendaftar
    Bahagian Perkhidmatan Akademik
    Aras 3, Blok Utara,
    Bangunan Canselori
    Universiti Malaysia Sabah
    Beg Berkunci 2073
    88999 Kota Kinabalu
    Sabah
  • Tel : 08-832 0213/ 1259/ 0053
    Faks : 08-832 0090
    Emel : –
    Web : www.ums.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Malaysia Pahang



Logo UMP
UMP
  • Bahagian Pengurusan Akademik
    Kompleks Perkhidmatan Siswa
    Universiti Malaysia Pahang
    Karung Berkunci 12
    25000 Kuantan
    Pahang Darul Makmur
  • Tel : 09-549 2550/ 2557
    Faks : 09-549 2555
    Emel : –
    Web : www.ump.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Kebangsaan Malaysia


Logo UKM
UKM
  • Timbalan Pendaftar
    Bahagian Pengurusan Akademik
    Jabatan Pendaftar
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    43600 Bangi
    Selangor
  • Tel : 03-8921 4126/ 5041/ 5336
    Faks : 03-8925 0662
    Emel : akad@ukm.my
    Web : www.ukm.my dan Semakan Permohonan

Universiti Malaysia Kelantan



Logo UMK
UMK
  • Pendaftar
    Bahagian Pengurusan Akademik
    Universiti Malaysia Kelantan
    Karung Berkunci 36
    16100 Kota Bharu
    Kelantan
  • Tel : 09-771 7056/ 7058
    Faks : 09-771 7052
    Emel : akademik@umk.edu.my
    Web : www.umk.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Malaya




Logo UM
UM
  • Timbalan Pendaftar
    Bahagian Akademik,
    Jabatan Pendaftar
    Universiti Malaya
    50603 Kuala Lumpur
  • Tel : 03-7967 3279/ 3440/ 3441
    Faks : 03-7967 3449
    Emel : skr@um.edu.my
    Web : www.um.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Putra Malaysia


Logo UPM
UPM

Universiti Sains Islam Malaysia



Logo USIM
USIM
  • Pendaftar
    Bahagian Akademik
    Universiti Sains Islam Malaysia
    Bandar Baru Nilai
    71800 Nilai
    Seremban
  • Tel : 06-798 8000/ 8325/ 8328
    Faks : 06-798 8334
    Emel : akademik@usim.edu.my
    Web : www.usim.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Malaysia Perlis




Logo UNIMAP
UNIMAP
  • Pendaftar
    Jabatan Pendaftar
    Bahagian Pengurusan Akademik
    Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar
    Universiti Malaysia Perlis
    Tingkat 1, Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
    Jalan Bukit Lagi
    01000 Kangar
    Perlis
  • Tel : 04-979 8701/ 8702/ 8706/ 8008
    Faks : 04-979 8703
    Emel : –
    Web : www.unimap.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Sains Malaysia



Logo USM
USM
  • Timbalan Pendaftar
    Unit Kemasukan & Pengambilan
    Aras 2, Bahagian Pengurusan Akademik
    Jabatan Pendaftar
    Universiti Sains Malaysia
    11800 Minden
    Pulau Pinang
  • Tel : 04-653 3329/ 3059/ 3141/ 2688/ 3327/ 3478
    Hotline : 1 300 888 876
    Faks : 04-653 3328
    Emel : –
    Web : www.usm.my dan Semakan Permohonan

Universiti Teknologi Malaysia




Logo UTM
UTM
  • Pendaftar
    Bahagian Pengurusan Akademik
    Unit Kemasukan Dan Rekod
    Universiti Teknologi Malaysia
    81310 Skudai
    Johor Darul Takzim
  • Tel : 07-553 3333
    Faks : 07-558 1791
    Emel : upa@utm.my
    Web : www.utm.my dan Semakan Permohonan

Universiti Utara Malaysia



Logo UUM
UUM
  • Pengarah
    Jabatan Hal Ehwal Akademik
    Universiti Utara Malaysia
    06010 Sintok
    Kedah Darul Aman
  • Tel : 04-928 3174/ 3108/ 3168/ 3103
    Faks : 04-928 3115/ 3109
    Emel : –
    Web : www.uum.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Malaysia Sarawak 

UNIMAS


Logo UNIMAS

  • Pendaftar
    Bahagian Pengajian Prasiswazah
    Aras G, Bangunan Canselori
    Universiti Malaysia Sarawak
    94300 Kota Samarahan
    Sarawak
  • Tel : 082-581000 samb 1088/ 1049/ 1050
    Faks : 082-581 048
    Emel : ukp@unimas.my
    Web : www.unimas.my dan Semakan Permohonan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia



Logo UIAM
UIAM
  • Pengarah
    Bahagian Kemasukan dan Rekod
    Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
    P.O. Box 10
    50728 Kuala Lumpur
  • Tel : 03-6196 4000/ 4040/ 3019/ 4047
    Faks : 03-6196 4724
    Emel : –
    Web : www.iiu.edu.my Semakan Permohonan

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia



Logo UPNM
UPNM
  • Pendaftar
    Jabatan Kemasukan dan Rekod
    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
    Kem Sungai Besi
    57000 Kuala Lumpur
  • Tel : 03-90512699
    Faks : 03-90512698
    Emel : –
    Web : www.upnm.edu.my dan Semakan Permohonan

SALAM PERKENALAN DARI UBK DMS NILAI

Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Dato/ Mohd Said kini mempunyaI 4 orang GBK yang terdiri daripada Pn. Najibah bt Mohamed selaku Ketua GBK dibantu oleh En. Rajendran selaku GBK ke 2 , Pn. Asmi Mior Abdul Jalil selaku GBK ke 3 dan saya sendiri iaitu Pn. Ne'mah bt Ab. Aziz selaku GBK ke 4 seperti yang tertera di dalam gambar ini.

Selamat berkenalan dari kami semua untuk para pengunjung.

2013-01-03 12.22.38.jpg

PERKHIDMATAN BIMBINGAN KAUNSELING


VISI, MISI DAN FALSAFAH
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


VISI
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam
mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2010

MISI
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut
dilaksanakan dengan jayanya:

Menguruskan program dan aktiviti kaunsefing dengan cekap dan berkesan.

Melahirkan pelajar yang mempunyaj kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.

Membimbingan pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.

Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberansangkan melalui
program bimbingan dan kaunseling.

Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar dan
memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.

FALSAFAH

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digemblengkan
secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan
dan kaunseiing yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan
sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam
aspek inteiek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

KOD ETIKA GKSM / GBSM

Mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang- undang tersebut.Menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang GBKSM / GBSM dan integriti profesion. Sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.Menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur. Diselia dan dinilai tugasnya oleh penyelia profesional melalui penyeliaan lazim dan sokongan perunding.

TANGGUNGJAWAB GKSM / GBSM

Bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien. Menghormati hak klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehj semasa menjalankan perkhidmatan melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang di persekitarannya.

Memahami dan menghormati latar belakang sosio ekonomi klien serta menerima mereka tanpa syarat. Memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien serta tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri. 

Membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya. 

Merujuk klien kepada pihak yang berkaitan jika mengikut pertimbangannya klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya.

PETUA BELAJAR DI DALAM KELAS


Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai pelajar gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berikut adalah petua yang boleh digunakan untuk meningkatkan tumpuan anda:
  • Semak seimbas nota yang telah diberikan oleh guru terdahulu sebelum memulakan kelas. Sekiranya ada bahagian yang anda tidak faham atau keliru maka tanyakan pada guru sebelum bermulanya kelas tersebut. Jangan biarkan ketidakfahaman atau kekeliruan itu mengganggu anda. Guru mungkin akan mengajar lebih mendalam hari ini dan sekiranya anda tidak merungkai kekeliruan itu anda akan terus ketinggalan dalam mengikuti apa yang diajar.
  • Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru nanti. Walau pun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh guru kelak. Secara tidak langsung tumpuan dan minat anda meningkat.
  • Cuba duduk di barisan depan dalam kelas. Sekiranya anda duduk di tepi tingkap, tutup tingkap ketika guru mengajar.
  • Jangan alih mata anda dari melihat guru dan lihat apa yang ditulis di papan hitam/putih.
  • Tunjukkan minat yang mendalam. Perbetulkan kedudukan anda dan ceriakan wajah anda. Ingat apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada siapa yang mengajar. Yakinkan diri anda betapa pentingnya tumpuan dalam kelas. Ingat!! Ia menyumbang 50% dari keseluruhan markah peperiksaan kelak.
  • Pasang telinga. Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan. Terjemahkan apa yang disampaikan oleh guru ke dalam bentuk gambaran minda.
  • Catat setiap fakta penting atau fakta yang anda sangka penting, sama ada fakta-fakta yang ditulis atau yang diucapkan oleh guru.
  • Catat setiap perkara yang anda tidak faham. Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam fikiran anda. Gunakan tujuh perkataan berikut untuk membina soalan Apa? Siapa? Bila? Berapa? Dimana? Kenapa? Bagaimana?
  • Gunakan buku khas untuk tujuan catatan ini, atau gunakan kaedah mengambil nota berkesan. Sekiranya berpeluang segera angkat tangan dan tanya guru. Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk memastikan kefahaman anda betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan yang lebih spesifik. Antara tanda-tanda yang anda telah memberikan tumpuan ialah anda TAHU apa yang anda TIDAK TAHU.
  • Jangan hiraukan sebarang gangguan dari rakan-rakan. Jangan bertindak balas terhadap usikan dan gurauan mereka ketika kelas berjalan.
  • Kajian menunjukkan bahawa anda lupa 80% dari apa yang telah dipelajari dalam masa 24 jam. Oleh itu segera menyemak apa yang telah diajar serta merta apabila guru keluar dari kelas

STRATEGI EXAM

Peperiksaan memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca.
Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Anda tidak perlu takut dengan peperiksaan. Sama ada anda bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba.
Oleh itu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk berjuang. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek. Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.
 Artikel yang ditulis ini tidak mengajar subjek-subjek yang tertentu. Pelajar perlu merujuk kepada guru kelas masing-masing tentang keTEPATan dalam menjawab setiap soalan. Artikel ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas tentang persediaan-persedian seperti fizikal, mental, emosi dan ruhani.
 Harapan saya, ia akan membolehkan pelajar melangkah ke dewan peperiksaan dengan mengatakan ........ "AKU BOLEH BERJAYA". Melangkah dengan fikiran yang positif.

 PERSEDIAAN FIZIKAL KESIHATAN Keperluan kesihatan yang baik bermula ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi.
Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:
 Tidur yang cukup. Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.
 Jaga pemakanan. Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.

 Riadah. Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.

 KESELAMATAN
 Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari sebarang kecederaan. Anda pasti tidak mahu mengambil peperiksaan di wad hospital. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musim menjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.

 PERSEDIAAN MENTAL
 Pelbagai Gambaran Negatif Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan. Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran.
Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:
 Menyerah kalah sebelum berjuang Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi. Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan sebelum ini. Mereka cuba membaca tetapi dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.
 Merasa belum bersedia Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar. Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia. Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa? Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik? Semua ini bermain difikiran. Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak. Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak. Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka.
 Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing. Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh. Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak. Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak.
 Berfikiran Positif
 Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif. Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan. Tidak perlu bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang jika anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya. Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan. Ini akan melemahkan semangat anda. Ia juga membuatkan anda meragui kebolehan diri anda.
 Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti: "Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung". "Something is better than nothing" Lakukan "Latihan Minda" setiap hari. "If you can't see it, you can't have it".
 Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran. Sebelum anda mampu mendapat 10A dalam SPM, maka 10A itu mesti terlebih dahulu ada dalam pemikiran. Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda tidak akan melakar sesuatu yang anda tidak gambarkan. Lakaran anda berasaskan kepada apa yang anda nampak dalam mata minda. Begitulah juga dengan kehidupan ini. Anda tidak akan menhasilkan sesuatu yang anda tidak gambarkan. Oleh itu, gambarkanlah kejayaan dan anda pasti akan terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu. Makin jelas gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk merealisasikannya.
 Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan minda seperti dibawah. 1.Duduk dikerusi anda dengan selesa. Tangan diletakkan diatas peha. Badan tidak bersandar. Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, urat saraf dan pejamkan mata anda.
 2.Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri. Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan dan kebimbangan.
 3.Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada kecil atau besar. Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu. Kejayaan itu mungkin berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih satu yang paling bermakna kepada anda. Dimana ia berlaku? Apa yang berlaku? Apa yang anda dapat lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukan, dengar tepukan gemuruh ketika itu. Kalau ada puji-pujian dengarkan suara siapa yang memuji itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda. Dengar suara yang ada dengan jelas. Rasakan apa perasaan anda ketika itu. Rasakan keseronokan anda pernah dipuji. Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali.
 4.Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha anda dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit. Buka mata anda, dan pejam kembali. Ulang langkah 2 - 4 beberapa kali.
 5.Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas soalan. Rasakan ketenangan dalam dewan. Gambarkan kini anda membelek-belek kertas soalan dan anda dapati semua apa yang anda baca keluar. Rasakan kegembiraan itu. Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuh keyakinan. Idea keluar mencurah-curah. Gambarkan 10A dalam SPM (Gred 1 untuk SPM). Ketika ini sekali lagi cubit kedua-dua peha anda seperti yang telah anda lakukan dalam langkah 4 tadi. 6.Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali.
 7.Buatkan latihan minda ini 10 - 15 minit setiap hari. Sekiranya anda lakukan latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan takut anda ketika berada didewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua peha. Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan anda.

 PERSEDIAAN EMOSI
 Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:
 Pertengkaran dengan rakan-rakan;
 Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;
 Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat peperiksaan;
 Bersikap terlalu yakin - "overconfident";
 Berprasangka buruk terhadap orang lain;
 Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap mereka. Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka. Apa perasaan anda kalau raka membohongi anda? Anda mungkin serta-merta menjadi marah. Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda? Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil hati. Kalaulah begini tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan anda? Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji.
Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari. Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda. Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda. Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya. Mereka ada suara, biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan telinga.
 Banyakkan bersikap sabar.
Teruskan sahaja kerja anda.
Kekalkan matlamat peperiksaan anda. Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda.
 Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma andalah yang mencetuskan emosi.
Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda.
 PERSEDIAAN ROHANI
 Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu. Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah lah yang menentukannya. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.
 Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:
 1.Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan. Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.
 2.Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anakny sangat makbul. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.
 3.Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran. Alla telah berfirman dalam surah ar-Ra'ad, ayat 36, yang mafhumnya "Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati".
 4.Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Allah.
 5.Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.

 MENGATASI PELBAGAI SOALAN DAN KEBIMBANGAN

 Saya tidak tahu dimana patut bermula. Jangan panik. Senaraikan semua perkara yang perlu anda lakukan. Agih-agihkan tugasan anda kepada bahagian yang lebih kecil dan mudah dilaksanakan. Tentukan keutamaan tugasan, yang utama didahulukan. Rancang masa untuk menyelesaikan setiap tugasan ini sebaik-baiknya. Jangan sesekali ponteng kelas ketika hampir dengan peperiksaan. Anda mungkin tertinggal ulangkaji dan tip-tip penting yang dibincangkan oleh guru atau pensyarah. Gunakan masa-masa rehat yang ada untuk mengimbas kembali apa yang telah dipelajari. Berikan masa bukan sahaja untuk belajar tetapi juga untuk merancang strategi pembelajaran anda. Jangan terburu-buru, mulakan belajar anda dengan topik yang senang dahulu. Mulakan 30 minit – 1 jam dahulu. Semakin lama, terutamanya apabila semakin hampir dengan peperiksaan, tingkatkan waktu belajar anda. Terlalu banyak untuk dibaca sedangkan peperiksaan semakin hampir. Buat tinjauan. Berikan masa untuk anda membuat tinjauan keseluruhan topik. Kenalpasti topik-topik penting. Fahami konsep-konsep penting. Pastikan topik yang anda maih belum faham. Mulakan belajar topik yang penting-penting dahulu. Mana-mana topik yang kurang penting, dan tidak sempat diulangkaji sepenuhnya, fokus hanya kepada fakta-fakta utama. Tetapi ingat, tinjauan hanya boleh membantu sekiranya anda benar-benar sudah tidak punya masa. Kalau anda masih sempat membacanya, maka bacalah dengan terperinci. Subjek ini cukup membosankan. Anda rasa jemu dan mengantuk apabila membacanya. Belajar secara aktif bukannya pasif. Gunakan kaedah membaca yang berkesan. Dapatkan soalan-soalan berkaitan dengan topik yang dipelajari sebelum memulakan ulangkaji. Pelbagaikan aktiviti ketika belajar. Selang-selikan diantara aktiviti membaca dengan menulis nota, melakar peta minda (atau peta konsep), menghafal, menggaris kata kunci dan menjawab soalan-soalan. Libatkan diri anda sebanyak mungkin dengan apa yang sedang dibaca. Tukarkan apa yang dibaca kepada gambaran minda. Belajar bersama rakan yang lebih arif tentang subjek tersebut dan bincangkan. Anda baca dan anda faham, tetapi anda tidak mampu mengingatinya. Cuba kaitkan apa yang sedang anda pelajari dengan apa yang telah aanda ketahui. Gunakan beberapa pendekatan untuk mengingat seperti: Hafal kata kunci, bukannya hafal ayat. Gunakan Teknik Ceraian. Gunakan Teknik Mnemonik. Tuliskan fakta-fakta penting pada kad dan bawanya bersama anda kemana sahaja. Kerapkan buat imbasan terhadap kad- kad ini. Anda rasa anda faham apa yang dibaca. Anda rasa anda telah mengingatinya. Jangan cepat merasa puas hati dengan apa yang anda usahakan. Uji ingatan dan pengetahuan anda. Jawab soalan-soalan dari buku atau dari peperiksaan tahun-tahun sebelumnya. Bina soalan-soalan berdasarkan tujuh soalan asas iaitu Apa? Siapa? Bila? Dimana? Berapa? Kenapa? Bagaimana? Misalnya, kalau anda sedang membaca sejarah Melaka diserang Portugis, tanyakan soalan-soalan seperti: Bila Melaka diserang? Kenapa Melaka diserang? Siapa yang menyerang? Bagaimana Melaka diserang? Terlalu banyak untuk dihafal dan diingat. Penyusunan maklumat. Maklumat dan fakta-fakta dapat dikeluarkan dengan lebih baik sekiranya ia dibaca, dihafal dan disimpan dalam bentuk yang sistematik. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh anda guna untuk menyusun maklumat atau fakta ini, antaranya ialah: Tuliskan rangka setiap bab yang dibaca atau ringkasan tentangnya. Perhatikan perkaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam tajuk tersebut. Cuba kumpulkan maklumat kepada beberapa kategori berdasarkan persamaan yang ada. Cuba bahagikan kepada hieraki (sekiranya ini boleh dilakukan). Pemetaan maklumat. Cuba lakarkan peta konsep bagi menyusun bahan-bahan yang ada perkaitan. Misalnya kalau anda sedang membaca sejarah tentang perang dunia kedua, anda mungkin boleh buatkan satu carta tentang semua negara yang terlibat. Kemudian senarai isu penting atau peristiwa penting disebelah carta tersebut. Anda mungkin kaitkan kembali isu/perkara penting ini dengan negara-negara tersebut berdasarkan kepentingan dan kesan ke atas mereka. Tadi anda masih ingat tetapi kenapa kini anda lupa? Sering buat imbasan. Kajian menunjukkan bahawa sebagai manusia normal anda akan lupa 80% apa yang telah dibaca hanya dalam masa 24 jam. Oleh itu anda perlu merancang satu strategi agar anda mampu mengatasi kelemahan ini. Pastikan setiap apa yang anda baca telah diringkaskan. Jadikan fakta seringkas mungkin dengan syarat apabila anda melihat fakta tersebut anda mampu menceritakan semula apa yang mahu disampaikan olehnya. Ada ketikanya fakta yang panjang sekalipun mampu anda ringkaskan menjadi dua atau tiga patah perkataan. Selepas 24 jam, cuba lihat nota ringkas anda ini. Cuba ceritakan semula apa yang anda fahami. Sekiranya anda mampu menceritakannya, bermakna anda sudah mampu memanggil semula maklumat tersebut. Sekiranya tidak, semak semula sekali imbas teks asal. Berikan masa menjawab soalan-soalan berkaitan dengannya bagi mengukuhkan lagi ingatan anda. Semak semula apa yang dibaca dari semasa ke semasa. Dengan cara ini anda tidak perlu bersusah payah membaca teks asal kembali sewaktu hampir dengan peperiksaan. Anda suka belajar disaat-saat akhir. Ramai pelajar yang berpendapat lebih baik belajar disaat-saat akhir, sebab kalau belajar awal pun nanti lupa juga. Pendapat di atas adalah tidak benar. Anda perlu belajar seawal mungkin bagi mengenal pasti kelemahan dalam sesuatu bab. Dengan belajar awal juga anda punya banyak masa untuk bertanya pada guru dan rakan-rakan. Salah satu rahsia belajar ialah kekerapan. Lagi kerap sesuatu bahan itu diulangbaca maka lagi besar potensi untuk anda memahami dan mengingatinya.
Oleh itu, mulakan langkah anda sekarang. Mulakan sedikit dahulu. Mulakan dengan yang mudah-mudah dahulu dan apabila minat dan semangat mula berputik, barulah lakukan dengan lebih bersungguh-sungguh. BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN
 Ramai pelajar yang rajin belajar tetapi tidak memperolehi keputusan yang setimpal dengan usaha mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka tidak belajar dengan pendekatan untuk cemerlang dalam peperiksaan. Mereka tidak merancang jadual belajar dan masa mereka dengan betul.

 Artikel ini akan membincangkan apa yang perlu anda lakukan mulai sekarang hinggalah ke dewan peperiksaan bagi memastikan anda lakuka yang terbaik. Bersedia untuk belajar Peperiksaan semakin hampir. Anda perlu melakukan persediaan bagi memastikan anda mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lenih tinggi sama ada di kolej ataupun universiti. Sekiranya anda memang telah belajar dari awal, pastinya tidak banyak yang perlu dirisaukan. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda baru mahu bersungguh-sungguh mengulangkaji. Lebih-lebih lagi sekiranya anda bakal menduduki SPM. Kepada pelajar SPM saya nasihatkan agar memberikan tumpuan kepada matapelajaran penting. Iaitu matapelajaran yang membawa anda ke menara gading. Matapelajaran ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan dua matapelajaran elektif (Fizik, Kimia, Biologi, Prinsip Akaun, Ekonomi, Sains Tambahan, Matematik Tambahan, Kejuruteraan). Sekiranya anda mendapat markah yang baik dalam kelompok mata pelajaran ini maka peluang anda untuk ke universiti adalah cerah. Namun begitu, sekiranya anda mampu, hendaklah anda dapatkan markah yang terbaik bagi semua mata pelajaran. Sebab persaingan ke universiti kini semakin sengit. Mereka yang berjaya biasanya memiliki pencapaian yang baik dalam semua mata pelajaran. Buatkan jadual belajar untuk peperiksaan Jangan panik. Itu adalah pesan saya yang paling utama. Walaupun anda rasakan banyak yang perlu difahami dan diingati, jangan sekali-kali anda panik. Sekiranya anda panik, anda akan mengundang lebih banyak masalah berbanding penyelesaian. Tidak ada masalah tanya penyelesaian. Mula menyemak semua buku-buku yang ada termasuk nota sekolah, buku teks, buku rujukan, soalan-soalan ramalan dan soalan-soalan tahun lepas. Pastikan semuanya lengkap dan dalam keadaan baik.
 Langkah pertama kenal pasti bab-bab yang susah dan belum anda kuasai untuk semua mata pelajaran. Senaraikan bab-bab ini. Senaraikan juga bab-bab yang telah anda kuasai dengan baik.

 Langkah kedua buatkan analisa soalan-soalan sejak 5 tahun yang lepas. Lihat bab-bab yang sering keluar soalan darinya. Bab-bab ini merupakan bab-bab penting yang tidak boleh tidak mesti anda kuasai dengan baik. Buatkan jadual perancangan belajar anda. Agihkan tajuk-tajuk dari sekarang hinggalah seminggu sebelum peperiksaan. Jangan diganggu minggu terakhir sebelum peperiksaan sebab minggu terakhir ini adalah untuk anda lakukan semakan terakhir nanti. Mana-mana bab yang penting, mulakan ulangkajinya dahulu. Lagi awal anda mengulangkaji bab-bab ini lagi cepat anda mengenalpasti dan seterusnya mengatasi setiap masalah. Sekiranya anda terpaksa menghabiskan 4 bab seminggu maka habiskanlah. Anda mungkin terpaksa belajar 5 - 8 jam sehari untuk mengulangkaji semua matapelajaran. Oleh itu anda perlu berkorban demi masa depan. Anda mungkin belajar 1 jam di waktu pagi, 2 jam pada tengahari, 1 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam. Ini menjadikan masa belajar anda 7 jam sehari. Mengingati Tajuk Ramai pelajar tidak menyedari hakikat penting ini. Kalau anda mampu mengingati apa tajuk-tajuk yang terkandung dalam sesuatu matapelajaran maka anda mempunyai gambaran yang jelas tentang apa yang anda pelajari. Buatkan Nota Anda hanya perlu mempelajari sekali sahaja setiap tajuk. Pastikan dengan usaha yang sekali ini anda mampu memahaminya. Ramai pelajar yang mengulang baca sesuatu tajuk beberapa kali dan kemudiannya lupa. Cara belajar begini bukan sahaja menjemukan malah merugikan masa anda, sedangkan peperiksaan semakin hampir. Setelah anda memahami apa yang dibaca, buatkanlah nota-nota ringkas. Yang terbaik ialah anda ringkaskannya mengikut apa yang anda fahami. Bandingkan nota anda dengan teks asal bagi memastikan fahaman anda betul dan tidak ada fakta penting yang tertinggal. Ringkaskan setiap fakta menjadi lebih pendek bagi memudahkan anda mengingatinya. Kenalpasti kata kunci dalam setiap fakta. Buatkan senarai kata kunci dan hafal. Lakarkan peta minda atau peta konsep berdasarkan tajuk-tajuk dan kata kunci yang ada. Pastikan apabila anda mengingati kata kunci, maka anda mampu mengingati keseluruhan fakta yang berkaitan dengannya. Latih diri anda untuk peperiksaan Anda perlu melatih diri anda untuk peperiksaan. Tanpa latihan anda tidak mungkin dapat memberikan hasil yang terbaik. Minda anda juga seperti otot-otot fizikal anda yang lain. Ia perlu dilatih secara intensif bagi mencapai sesuatu hajat. Mereka yang mahu cemerlang dalam 'bowling' perlu melakukan latihan berterusan bagi meningkatkan kemahiran ber'bowling'. Begitu juga dengan peperiksaan.
Anda perlu melatih diri anda bagi tujuan cemerlang dalam peperiksaan. Syarat-syarat latihan peperiksaan ialah:
 1.Latih mengeluarkan maklumat dengan banyak,cepat dan tepat.
 2.Latih dalam tempoh masa yang tertentu.
 3.Anggapkan setiap latihan seperti peperiksaan sebenar.
 4.Latih menjawab mengikut strategi menjawab soalan yang berkesan. Latih mengeluarkan maklumat Maklumat yang dibaca mestilah mampu dikeluarkan semula.
 Oleh itu anda perlu sentiasa melatih diri anda untuk mengeluarkan maklumat yang telah dipelajari. Perbanyakkan latihan-latihan seperti:
  Menjawab soalan-soalan;
  Menceritakan semula apa yang telah dipelajari;
  Melakarkan kembali dalam bentuk peta konsep / minda;
  Mengadakan perbincangan dengan rakan;
  Menyediakan kad imbasan kecil.
  Menggambarcarakan apa yang telah dipelajari.
  Sekiranya anda pelajar SPM atau STPM, cuba hasilkan model jawapan soalan esei berdasarkan soalan-soalan yang ada. Cuba pecahkan fakta-fakta penting dalam bentuk peta minda/konsep. Ini memudahkan anda mengingati isi-isinya dalam peperiksaan sebenar kelak. Hadkan masa menjawab Pastikan anda menjawab dalam had masa yang ditetapkan. Peperiksaan bukan sahaja memerlukan anda mengetahui banyak fakta, tetapi anda perlu mengeluarkan fakta-fakta yang berkaitan dalam masa yang telah ditetapkan. Oleh itu anda perlu pantas dan kepantasan hanya boleh dibina melalui latihan yang berterusan.
 Oleh itu anda perlu kerap menjalankan latihan ujian. Iaitu menjawab soalan-soalan dalam had masa seperti dalam peperiksaan. Anggap seperti peperiksaan sebenar Pastikan anda bebas dari gangguan, tidak melengahkan masa, tumpuan yang tinggi dan rasakan seolah-olah tekanan peperiksaan yang sebenar. Elakkan dari meniru sepanjang menjalani latihan ujian. Gunakan strategi menjawab soalan (lihat di bawah). Ingat masa berjalan, oleh itu jangan sekali-kali biarkan fikiran anda melayang. Sekiranya soalan itu susah, maka berikanlah jawapan yang terbaik. Anda perlu belajar mengenali gerak hati anda sebab anda memerlukannya dalam peperiksaan yang sebenar nanti.

 Strategi menjawab soalan 
 Untuk mendapatkan markah yang tinggi dan mengelak dari berlakunya kecuaian, anda memerlukan strategi menjawab soalan yang berkesan.
 Langkah-langkah berikut dapat membantu:
 1.Baca arahan terlebih dahulu.
 2.Baca arahan terlebih dahulu.
 3.Kenal pasti dan garis kata kunci kepada soalan.
4.Jawab soalan mengikut turutan berikut:
  Jawab soalan BONUS - Iaitu soalan yang anda pasti jawapannya betul. Ia mungkin soalan yang telah anda ramal, atau yang pernah anda latih sebelumnya.
  Jawab soalan yang senang - Iaitu soalan yang mampu anda jawab hanya dengan satu kali cubaan.
  Jawab soalan-soalan yang susah - iaitu soalan yang memerlukan masa yang panjang atau soalan yang anda memang tidak tahu jawapannya.
  Semak - Pastikan semua soalan dijawab; Untuk soalan objektif, pastikan tandanya betul.
  Ulang jawab - Kalau masih ada masa, ulang jawab soalan bonus dan senang. Ingat! soalan inilah yang anda pasti lakukan kecuaian oleh itu semak dengan tujuan mencari kesilapan tersebut. Bukannya menyemak dengan tujuan berpuashati dengan jawapan.
 Langkah terakhir barulah ulang jawab soalan-soalan susah. Itu pun sekiranya masa masih mengizinkan. Mencari sebab (post-mortem) Anda perlu menkaji kelemahan diri anda setiap kali selesai menjawab soalan-soalan. Setelah anda selesai membuat latiha ujian. Semak setiap jawapan yang dibuat. Sekiranya jawapan anda salah maka lakukan 'post-mortem', iaitu proses mencari sebab. Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan masalah utama yang perlu anda atasi.
Antara sebab-sebab kesalahan berlaku ialah:
  Tidak tahu (tidak baca) - Ini bermakna persediaan diri anda kurang. Maka berikan masa membaca tajuk-tajuk tersebut.
  Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham. Tanyakan padaguru atau rakan.
  Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi apa yang telah dipelajari.
  Cuai - Pastikan anda mengikuti langkah-langkah dalam Strategi Menjawab Soalan di atas.
  Keliru - Tanyakan pada guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak diulangi. Jangan buang masa

 Dalam suasana peperiksaan semakin hampir anda perlu gunakan setiap masa yang terluang untuk mengulangkaji. Sekirannya masa yang terluang tidak sesuai untuk anda membaca dan menghafal, maka gunakan masa tersebut untuk anda melatih mengeluarkan maklumat. Ceritakan apa yang telah anda pelajari kepada diri anda sendiri. Lakarkan apa yang anda ketahui pada sehelai kertas. Aktiviti sebegini mengukuhkan lagi ingatan anda dan memudahkan pengaliran keluar maklumat ketika dalam peperiksaan kelak. Bagi mengelakkan rasa jemu belajar, pelbagaikan aktiviti dalam satu-satu sessi mengulangkaji.

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN ,
BULATKAN TEKAD PADUKAN USAHA,
DILAPIKKAN DENGAN DOA,
INSYAALLAH KEJAYAAN DITEMPA.

ARE U STRESS ?

Suatu keadaan yang paling hampir dengan anda terutamanya di musim peperiksaan ini adalah gejala stress Jika anda mempunyai symptom-simptom stress anda bukanlah berseorangan di dunia ini yang menghadapi masalah seperti ini.
Sebanyak 85% dari mereka yang datang berjumpa doktor (peratus yang agak sama juga datang berjumpa ahli psikologi) mengadu bahawa mereka mengalami stress/tekanan. Apabila anda selalu mengalami stress/tekanan anda berkemungkinan besar akan mengalami sakit kepala, ulsers, insomnia (tak boleh tidur), keletihan, darah tinggi, sakit bahu dan berbagai jenis sakit yang disebabkan stress.
 Dalam kehidupan seharian, kita mengalami seribu satu macam keadaan di mana jantung kita berdegup dengan kuat, badan (terutama bahagian tangan) terasa sejuk, berpeluh dan otot menjadi tegang. Contohnya apabila kita diminta bercakap di khalayak ramai jika kita jadi gementar terutamanya jika kita jarang sekali berbuat demikian. Ini menjadi lebih teruk jika orang yang kita hadapi itu merupakan orang yang asing bagi kita.
 Bagaimana ianya boleh terjadi? 
Setiap hari kita mungkin mengalami di antara 50 hingga ke 200 kali situasi-situasi yang menyebabkan kita berada di dalam keadaan cemas seperti yang dihadapi oeh datuk nenek kita dahulu apabila mereka berhadapan dengan binatang buas atau musuh dari puak lain.
Para penyelidik mendapati apabila kita berhadapan dengan situasi yang menimbulkan stress badan kita akan menyediakan respons ‘fight-or-flight’ dan keadaan ini mungkin memakan masa di antara 20 hingga 30 minit sementara badan kita mengambil masa di antara 2 hingga ke 3 jam untuk menjadi normal semula. Jadi jikalau keadaan seperti ini berlaku terlalu kerap maka kita dapati tiada ruang bagi badan kita untuk kembali kepada tahap normal. Keadaan ketegangan ini kian hari kian bertambah sehingga ia menjadi bertimbun dan mengakibatkan kita berasa letih, sakit bahu dan kesakitan-kesakitan lain.
 Walaubagaimanapun keadaan yang kita hadapi untuk menimbulkan respons ‘fight-or-flight’ tidaklah sama seperti yang dihadapi oleh datuk nenek kita dahulu. Keadaan yang kita hadapi mungkin merupakan tugasan-tugasan yang banyak, kesempitan kewangan dan masalah-masalah kehidupan harian yang lain. Sebenarnya gaya hidup kita boleh menyebabkan kita sentiasa berada di dalam keadaan stress.
Kebanyakan dari kita telah dilatih semenjak kita kecil lagi untuk bertindak pada tahap yang sebaik-baiknya. Bila kita tidak mencapai apa yang diharapkan maka kita akan kecewa. Semua ini mendatangkan tekanan kepada kita.
Kebanyakan daripada kita akan bertindak kepada sistem otot-otot lebih daripada sistem-sistem yang lain. Contohnya apabila kita teringat tugasan yang diberikan kepada kita oleh pensyarah bila kita bangun pagi kita akan merasa sengal-sengal badan. Jika usaha-usaha kita pada hari itu menghadapi kesulitan (umpamanya kita gagal mendapat buku yang kita cari di perpustakaan) ketegangan kepada otot-otot kita akan menjadi lebih ketara. Biasanya kita memerlukan 20 minit untuk mengendurkan otot-otot kita. Tindakan kita terhadap rangsangan-rangsangan kepada diri kita secara yang disebutkan tadi menyebabkan tiada ruang masa untuk otot-otot kita untuk kendur. Nak buat macam mana ye? Perkara yang penting bagi kita lakukan ialah untuk menguruskan diri kita secara efisen.
 Pada asasnya sebahagian besar dari anda terpaksa hidup berdikari dan kegagalan untuk menguruskan kehidupan harian adalah punca utama stress. Menangguh kerja, kekurangan wang, konflik dengan sabahat/kekasih, masalah kekeluargaan dan berbagai lagi situasi adalah perkara-perkara yang biasa kita hadapi.
Kejayaan kita menguruskan perkara-perkara ini dengan baik akan menentukan tahap stress kita. Dengan perkataan lain bagaimana kita menguruskan tekanan adalah cara utama untuk mengurangkan tahap stress yang kita alami.
 Kunci untuk menghadapi segala masalah ini adalah dengan mempelajari dan mempraktikkan cara untuk relaks semasa kita menghadapi stress dalam kehidupan kita setiap hari. Otot-otot di beberapa bahagian badan kita boleh dikendurkan ketegangannya dengan melakukan latihan relaksasi di beberapa bahagian tertentu. Bahagian-bahagian utama yang kita tumpukan adalah tangan, lengan, muka, bahu perut, peha dan kaki.
Anda adalah disarankan untuk melakukan latihan relaksasi setiap hari sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali pada permulaannya dan boleh mengurangkannya apabila anda telah memperolehi kemahiran relaksasi. Seterusnya eloklah kita lihat secara terperinci tanda-tanda yang anda menghadapi tekanan; cara-cara untuk mengurangkan tekanan; mengesan tekanan dan kaedah pengurusan tekanan khusus.

PENGURUSAN MASA

kebelakangan ini, saya banyak menerima temujanji daripada pelajar yang ingin berbincang tentang pengurusan masa khususnya remaja.

Menyedari hakikat itu, kali ini saya tampil dengan beberapa ramuan baru untuk anda pelayar setia blog ini tentang kemahiran asas mengurus masa .
Jom teruskan membaca…….
Tiada yang ajaib atau misteri dalam pengurusan masa seharian anda dan semuanya akan dapat dilakukan dengan baik tetapi ia memerlukan 3 pengorbanan daripada minda dan fizikal anda iaitu Disiplin, Komitmen dan Fokus.

 3 Syarat sah pengurusan masa ini perlu dipatuhi, jika tidak sehebat manapun perancangan masa anda ianya tidak akan berjaya malah akan jadi sia-sia sahaja. Sehebat manapun Pakar Motivasi mengatur jadual anda jua tidak akan berhasil jika anda gagal memenuhi 3 syarat tadi.
 Wah !! kalau gagal salah satu syaratnya. emm jua akan pincang dan tempang.
 Jesteru, mulakan hari ini dan bina azam baru yang teguh. Baik, saya setuju dengan syarat tersebut.

Jadi, apa yang perlu saya buat ?
Langkah seterusnya anda kuasai masa anda.

1. Kenal pasti kelemahan & Tabiat kerja anda 
Buat sedikit muhasabah dan analisa terhadap tabiat kerja anda yang tidak baik. Apabila anda telah mengetahui tabiat tersebut sama ada kelemahan dalam merancang masa kerja atau melaksanakan kerja. Maka anda cuba mencari penyelesaian kepada tabiat tidak baik itu supaya anda dapat menyelesaikan kerja tadi dengan masa yang lebih singkat dan tersusun. Kebanyakkan individu tidak menganalisa kerja mereka sama ada sudah efektif atau ada cara lain yang lebih cepat serta menjimatkan masa.

2. Berlengah-lengah
Ini tabiat “popular” bagi remaja. Memulakan kerja sehingga berdozen-dozen namun tidak menghabiskannya. Ada banyak punca mengapa perkara ini berlaku antaranya sikap tidak yakin kepada kebolehan diri, tidak optimis dan sikap negetif kepada kerja tersebut. Sebab lain ialah tidak tahu meletakkan “aulawiyat” iaitu keutamaan dalam kerja mereka. Kenal pasti segera supaya ia tidak melarat “penyakit” berlengah-lengah ini kepada masa depan anda.

 3. Tidak perlu sibuk tapi produktif.
Bekerja dalam keadaan siduk amat memenatkan dan memuaskan. Anda tidak perlu kehulu kehilir untuk membuat satu kerja sahaja. Tapi bahagikan kerja anda dan hasilnya akan lebih baik. Sebagai contoh anda sebagai pengerusi biro dalam organisasi anda, anda boleh pecah-pecahkan kerja tersebut kepada ajk biro anda. Mudah dan cepat bukan. Kerja yang anda lakukan dalam masa 5 jam sendirian akan bertukar menjadi 1 jam sahaja. Ingat fokus kepada produktiviti bukan kecelaruan dalam kesibukkan.

 4. Bunuh “Pembunuh Masa”
 Kenal pasti pembunuh masa anda seperti leka bermain game atau flash game, bergayut menelefon kerana ia akan mengalihkan fokus kerja anda. Masa rehat itu perlu tetapi jangan sampai membazir masa. Rehatlah dengan sewajarnya.

 5. Realistik dalam bertindak 
Ramai daripada remaja mahupun eksekutif muda percaya bahawa dalam melakukan kerja WAJIB mencari kesempurnaan. Terimalah hakikat kita manusia yang punyai kekurangan dan kita tidak tinggal di alam Syurga yang penuh dengan kesempurnaan.

 Petua yang anda perlu pegang ialah melakukan kerja tidak perlu sempurna tetapi cemerlang. Berusaha mencari kecemerlangan bukan kesempurnaan. Anda rasai perubahan azam dalam diri anda setelah membaca artikel ini.

Ada beberapa perkara yang akan saya perincikan dalam pengurusan masa ini antaranya cara menentukkan keutamaan kerja dan kaedah mengagihkan kerja secara efektif. Nantikan kemunculannya……